An Najwa Azizan dan Norashikin Kamal Zaman merupakan dua pemain di posisi penjaring gol (Goal Shooter, GS) skuad Bola Jaring Malaysia yang sedang memburu emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Kedua-dua pemain ini mempunyai ketinggian bukan sahaja menjadi kelebihan selaku pemain malah menjadi bualan di Sukan SEA terutamanya Norashikin Kamal Zaman di mana gambarnya bersama wartawan Astro Arena menjadi tular.

Persembahan dan gandingan An Najwa dan Norashikin sangat berbisa hingga pengulas menyifatkan weekday adalah milik An Najwa dan Weekend milik Norashikin. Hampir seminggu di Sukan Sea jaring adalah milik mereka berdua.

An Najwa Penjaring Gol Yang Murah Dengan Senyuman

 

An Najwa Azizan menjadi popular di kalangan peminat dan sukarelawan kerana beliau sentiasa murah dengan senyuman dan aksinya menerobos jaring lawan. Dalam 3 perlawanan awal An Najwa menjaringkan 75 gol.

Berusia 20 tahun mempunyai ketinggian 179cm, An Najwa kini merupakan pemain harapan Malaysia. An Najwa Mula melibatkan diri dalam sukan melalui acara olahraga sebelum beralih kepada Bola Jaring semasa berada di Sekolah Sukan Kuala Lumpur (SSKL).

Di Sekolah Sukan Kuala Lumpur, seorang guru telah mengajaknya menyertai sukan bola jaring dan beliau terus jatuh cinta dengan sukan baharunya itu. Kini An Najwa menjadi penjaring gol skuad bola jaring negara.

An Najwa merupakan anak kepada bekas pemain ragbi negara, Azizan Azmi dan seorang yang meminati aktiviti lasak serta permainan yang agak ganas seperti bergusti.

Hobi An Najwa adalah menghabiskan masa dengan menjamu selera. Hidangan yang paling digemari ayam masak lemak cili api atau masakan Negeri Sembilan.

 

Norashikin Kamalzaman Penjaring Gol Yang Tinggi Lampai

Penjaring gol utama yang tinggi lampai dalam Skuad Bola Jaring negara, Norashikin Kamalzaman mempunyai ketinggian yang mencecah 186cm berusia 23 tahun dan berasal dari Bandar Ikan Patin, Temerloh, Pahang.

Mula menceburkan diri dalam sukan bola jaring di peringkat sekolah lagi sejak tahun 2005 sebelum menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil(SSBJ). Norashikin belajar di Norashikin Sekolah Sukan Bukit Jalil bermula pada tahun 2007 sehingga 2011.

Dipilih untuk mewakili Malaysia sejak 2008 dan dengan kelebihan ketinggiannya Norashikin berjaya muncul sebagai penjaring gol bola jaring yang digeruni bukan sahaja di Malaysia tetapi di Asia Tenggara.

Di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 aksi garang Norashikin Kamal Zaman merobek lawan bergandingan bersama An Najwa Azizan dan L.Karishma nyata menjadi igauan ngeri buat lawan.

sumber pisangcheese