Setiap kali musim cuti sekolah, pasti ada perancangan dari kita untuk berjalan-jalan dengan keluarga bukan? Jika memilih untuk percutian atau berjalan-jalan dalam negara,
Penang pastinya jadi salah satu negeri yang banyak tempat menarik.

Kali ini, kita ikuti perkongsian review dari Bro Nauf Safuan yang telah ke Avatar Secret Garden.

Tengok gambar macam best je tempat tu kan.

“Datang Penang. Wajib mai sini.. Aku tau tempat ni. Sebab ada kuar kat youtube. Aku sempat google . Dalam google nampak cantik.”

Aku share pengalaman aku kat sini

Lokasi Avatar Secret Garden

1. Ikut waze. Dari Georgetown dalam 20minit. Tempat ni sebenarnya dalam kawasan perkampungan cina Penang.

Frist Impression

2. Bila sampai, apa yang aku tengok. Avatar ni tak ada parking khusus. Jadi jalan nak masuk agak sesak. Kebanyakan orang akan parking
tepi jalan. Ikut ruang dan peluang. Kalau tak nak bersesak. Boleh parking di luar, mainroad, jalan kaki sikit. Aku pilih untuk follow ulat tiket. Dia carikan parking untuk aku.
Sebagai upah. Kena bayar RM5.

Parking

3. Alhamdulillah. Tempat aku parking dekat betul dengan pintu masuk. Untuk masa Avatar ni, Tiada bayaran dikenakan. Free je.

Makanan

4. Sepanjang pintu masuk. Ada banyak gerai. Kebanyakan peniaga cina. Jadi kalau korang plan nak stay lama dan risau terdahaga atau terlapar. Elok makan minum siap siap. Atau
bawa bekalan sendiri.

Set film Avatar

5. Bila sampai pada gerbang pertama Avatar. Aku nampak pokok besar. Pokok ni bukan pokok biasa. Sebab di sekeliling pokok ni dah di lilit dengan lampu lampu LED. Bukan macam lampu iCity Shah Alam tu, Lain macam gambar bawah. Seolah olah macam pokok dalam movie Avatar. Bagi aku. Aku agak kagum sebab unik dan sangat cantik. Aku rasa macam seolah olah aku berada betul betul dalam set movie Avatar uols.

Bintang yang berkelipan

6. Aku ikut step, dan seterusnya aku naik pula kat tinggat atas. Tingkat atas ni ada 1 kawasan yang aku namakan kawasan bintang bintang. Bintang tu pulak tukar tukar warna. Rasa hidup dan sangat menarik. Part ni pon bagi aku sangat cantik. Memukau. Rasa macam kat 1 kawasan yang tak pernah aku tengok seumur hidup aku ni. Haaa. Kemain. hahahaha.

Khas buat peminat LED tulip

7. Turun level bawah . Ada LED tulip. Lawa. Berwarna warni. Macam yang pernah viral kat Bangi/Serdang dulu tu. Haa. Kat sini. Masuk free. Bila bila masa pun boleh.

Puas hati

8. Kesimpulan lawatan aku ke Avatar Secret Garden . Tidak mengecewakan . Aku ingat cantik kat gambar ja . Rupanya tengok sendiri depan mata pun. Mempersona.

Destinasi wajib bila singgah Penang adalah Avatar Secret Garden

Sumber: Fb Nauf Safuan 

Sumber: penhitam