Pelakon Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned memang terbuka berkongsi kehidupan peribadi untuk tatapan peminat mereka di Instagram.
Mereka sering kali memuat naik foto romantis bersama selain berkongsi aktiviti yang mereka lakukan bersama peminat mereka. Namun, tidak semua yang suka dan pasti ada juga netizen yang akan mencari kesalahan pasangan selebriti tersebut.
Baru-baru ini, Nora dan Nedim sedang bercuti di Pulau Langkawi dan sempat memuat naik foto mereka yang dianggap terlebih romantis dan telah menimbulkan pelbagai kritikan dan kecaman dari peminat yang melemparkan komen negatif kepada mereka.
Namun, Bossned tidak hanya berdiam diri malah membalas komen para peminat tersebut dengan bersahaja.

 

Rata-rata pengikutnya turut memuji pasangan ini dan mengelarkan mereka seperti Romeo dan Juliet dan meminta orang luar agar membiarkan mereka bercuti dengan aman.