Salam Sejahtera Semua…

 

Harap-harap semuanya sihat dan happy selalu. Maklumlah sekarang musim El Nino jadi cuaca tersangatlah panas dan bahang.

Tapi kalau korang baca topik ni tak tahulah cuaca atau topik ni lagi panas… HaHaHa

 

Untuk pengetahuan korang aku memang suka baca kisah rumah tangga kat facebook sebab kat situ ada 1001 kisah pahit manis suami isteri di alam perkahwinan.

Kononnya sebagai persediaan bila aku kahwin nanti… HeHeHe.

Dalam banyak-banyak kisah yang aku baca, majoritinya isteri luahkan masalah dengan mak mertua, suami pemalas di rumah tak nak tolong isteri, isteri tanggung perbelanjaan rumah dan suami.
Masalah paling popular sepanjang zaman jatuh kepada SUAMI CURANG!

Tak dinafikan suami macam inilah meninggalkan contoh yang menakutkan bagi wanita yang akan berkahwin dan trauma bagi wanita yang nak mulakan kehidupan baru.

Apabila mengatakan suami curang, rata-rata komen para wanita di FB mestilah backup si isteri, cakap suami tak hargailah pengorbanan isteri semua.

Tapi kalau tengok komen lelaki walaupun tak semua, diaorang menyalahkan si isteri sebab tak pandai jaga suami.

Orang kata, isteri ini adalah bekas acuan suami.

 

Jika suami tu didik dengan baik maka isteri pun turut jadi baik.

Selain kehebatan wanita melahirkan anak, wanita juga dikurniakan deria keenam di mana mereka mampu untuk ‘menghidu’ pasangan mereka yang curang.

Jadi, AWAS bagi suami yang sedang main kayu tiga dan ada perempuan lain!

Nak tahu tanda suami anda curang? Layan tips-tips dekat bawah ni!

 

1. Ada Password Di Telefon Bimbit
It’s that obvious?

 

Mana taknya sebelum ni tak pernah ada password tiba-tiba ada kata laluan pulak bila anda pegang handset suami.

Dah tentulah anda akan merasa ‘sesuatu’ tambah-tambah lagi bila anda tanya kenapa ada password, suami anda tak boleh nak jawab atau bagi jawapan yang agak merepek.

Haaa Kantoi!!!

 

2. Marah-Marah Tak Tentu Pasal
“Abang, abang ada kat mana sekarang?”

 

Huh cukup pantang dia bila ditanya lokasi dia berada.

Mungkin masa anda call atau mesej, suami anda sedang lunch dengan perempuan tu.

Niat anda untuk tanya sama ada balik makan ke tak, alih-alih kena marah.

 

Bukan sekali tau, banyak kali!

 

3. Menipu

“Hujung minggu ni saya pergi outstation, Ada projek baru kena setelkan.”

Ehh, minggu-minggu sebelum ni pun outstation jugak.

Anda tak fikir apa-apa pun, tapi bila dah kerap sangat, timbul syak pulak.

So bila anda telefon syarikat suami anda tak ada outstation seperti yang suami anda cakap.

Apa lagi mulalah anda tak senang duduk.

Dah pandai menipu pulak dia sekarang ni!

 

 

4. Kemesraan Mula Hilang

Masa mula kahwin dulu.

“Ayang, abang ada belikan makanan kegemaran ayang. Ce teka ce teka…”

Lama-kelamaan.

 

“Makanan yang awak nak tu saya tak beli. Nanti-nantilah kalau saya rajin.”

Bila dah ada perempuan lain.

 

“Kau memang takde benda lain nak makan? Semak aku tengok benda sama tiap hari.”

Panggilan mesra dah lekang dari bibirnya.

Dia mula rasakan anda membosankan dan perempuan yang dia keluar lebih bagus dari anda.

 

5. Tidak Menjawab Panggilan Dan Mesej Anda
Dia sering memberikan alasan tak masuk akal bila dia tak angkat call anda.

Tertinggal handset kat rumah kawanlah, handset rosaklah sedangkan anda tengok elok je.

Tak dapat mesej dari anda lah.

Masalahnya alasan ini kerap dan semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.

 

6. Gelisah Tak Tentu Hala
Suami anda tak senang duduk kalau anda ambil masa yang lama bila keluar dengan dia.

Bila anda mengajak pergi ke tempat lain lepas tu lagilah dia menggelupur.

Selain bosan melayan kerenah anda dia juga risau kalau terserempak dengan girlfriend atau orang yang dia kenal.

 

7. Bawak Telefon Bimbit Ke Mana Pergi
Hatta nak pergi berak pun bawak handset!

 

OPPSSS maaf agak kurang sopan di situ, HeHeHe.

Yelah takut si isteri godek-godek isi dalam handphone tu.

Selalunya baik dalam drama Melayu atau realitinya, kecurangan suami dapat dikesan melalui telefon bimbitnya semasa suami berada di bilik air.

Takut berlaku dekat diri sendiri, so bawak je la masuk tandas sekali.

 

8. Selalu Tersasul Atau Terlepas Cakap
Ha, yang ni sangat ketara!

“Baby, abang tak balik hari ni.”

Isteri berkerut.

“Bila masa abang panggil ayang baby ni?”

Suami anda terdiam sekejap.

“Alah ayang ni, sekali sekali takkan tak boleh panggil baby.”

Sambil ketawa tak semenggah.

 

9. Mencari Kesalahan Anda
Walaupun masalah tu dah lama tapi dia tetap boleh ungkit balik.

Masalah yang kecil diperbesarkan.

Dia mencari alasan untuk tak mahu bersama anda lagi.

Lebih penting dia akan gunakan alasan yang ada jika rahsia curangnya terbongkar kelak.

 

10. Tidak Melayan Anda
Bila berada di rumah, suami anda malas nak layan kerenah anda.

Bila si isteri nak ajak borak, si suami lebih suka dengan telefon bimbitnya.

FB 24 jam, whatsapp, weechat, Clash of Can, Farmville dan sebutkan saja.

Apa-apalah janji tak mengadap muka anda.

 

11. Mengubah Penampilan Diri Lebih Menarik
Suami anda pakai wangi-wangian, kameja tuck-in, t-shirt bergosok, rambut sikat tepi (ok ni dah over, HaHaHa).

Sampai anda pun tak berkelip mata tengok suami anda.

Penampilan diri ini lebih kurang sama masa dia nakkan anda dulu.

Padahal zaman tu dah lama dah berlalu.

Kenapa suami aku ni buang tebiat semacam ni?

12. Terlebih Perhatian Dengan Anda
Jangan salah sangka!

Ini adalah taktik dia untuk mengaburkan pandangan anda.

Hari ni dia belikan bunga, esok dia belikan hadiah.

Surprise katanya.

Malam tu pun pun dia bagi surprise kat anda juga.

Prestasinya yang cemerlang ini membuatkan anda hanya berprasangka baik pada suami anda.

Tapi bila tahu kebenarannya suatu hari…

 

13. Deria Magik Ke-6 Isteri
Miracle could happen…

Anda percaya dengan keajaiban?

PERCAYALAH!!!

Bila sampai ke bab instinct wanita ni, ramai lelaki yang tewas tak kiralah betapa rapinya rancangan si suami untuk menyembunyikannya.

Bukankah Allah makbulkan doa hamba-NYA yang teraniaya?

Isteri solehah yang dianiaya yang selalu berdoa kepada Allah akan diberi petunjuk.

Untuk kaum suami di luar sana fikir banyak kali untuk curang kerana sekali anda berbuat demikian, kepercayaan yang bersinar macam kaca apabila berderai takkan dapat dicantum menjadi asal.

HUH!

Panjang pulak aku membebel bab ni.

Macam dah kahwin!

Ok, last but not least…

Artikel ini hanya untuk membantu si isteri untuk mengesan kecurangan suami.

Tapi dalam masa yang sama isteri perlulah bijak untuk menangani masalah ini terlebih dahulu.

Sekiranya berlaku, si isteri perlu slow talk atau berbincang dengan suami.

 

Jangan cepat melenting dan berprasangka buruk tanpa usul periksa!

Jangan terlampau dengar cakap-cakap orang dan selidiklah dulu perkara yang datang.

 

Jika segala usaha untuk memulihkan telah dibuat dan anda ada bukti yang jelas terang lagi bersuluh, maka segeralah bawa masalah ini ke pejabat agama untuk sesi kaunseling.

 

Baru-baru ni heboh kat FB pasal sebab penceraian berlaku kat Malaysia ni dan antara sebabnya tandas tak flush, isteri basuh baju lewat malam, suami tak suka isteri makan dalam kereta dan banyak lagi!

 

Hanya mampu ketawa, geleng kepala dan ketawa lagi…

[SUMBER: http://www.saudari.com/cinta/rumah-tangga/13-tanda-tanda-rahsia-suami-curang-dengan-isteri/]