Dikecam Suruh Buka Tudung, Ini Respon Pedas Neelofa Buat Pengkritik!

 

Meskipun ada yang meninggalkan komen meminta beliau membuka saja hijab disebabkan penampilannya itu, Neelofa berkata, dirinya takkan sesekali berbuat begitu.

“Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain. Saya juga tidak pernah terfikir untuk membuka hijab kerana inilah yang saya pilih sejak awal memakainya dulu.

“Ini bukan pertama kali saya memakai seluar jeans koyak dan menyarung inner nude di dalam. Ketika mengacarakan Meletop pun saya pernah beberapa kali mengenakan gaya sama.

 

“Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh jadi lebih bergaya. Dengan penampilan saya ini juga saya diterima dan dipandang orang luar ketika berada di Milan dan New York,” katanya.

Mengaku tidak begitu terkesan dengan komen sedemikian, Neelofa sebaliknya mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya dan aktiviti yang dilakukannya.

“Kenapa orang suka menghukum sesuatu daripada melihat apa yang saya lakukan untuk negara, agama dan budaya ketika berada di sana?

“Orang mungkin tak pernah melihat fesyen terkini dan saya memberi mereka peluang. Satu hari nanti mereka akan tahu,” ujarnya.

“Saya diundang mewakili negara ke Persidangan Belia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di New York untuk bercakap selama 20 minit mengenai kepelbagaian budaya,” katanya yang berharap, aktiviti sedemikian yang sepatutnya diberikan perhatian oleh masyarakat, bukannya perkara dianggap remeh.

sumber:BHarian