Heboh di media sosial semalam mengenai pelakon Amyra Rosli, 26, memuat naik gambar kunci kereta Honda di akaun Instagramnya, hadiah dari suaminya, Amar Baharin, 32. Gambar ‘kunci tanpa wayar’ yang dipegang tangan anak disertakan dengan kapsyen:

“Dear daddy, you are the sweetest person we have ever met. We are very lucky to have someone like you in our life. Alhamdulillah. Thanks for this gift and for all the special things you do. We love you Amar Baharin,” tulisnya.

Sementara itu dalam media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi sehingga ada yang menyarankan Amyra beranak setiap tahun agar dapat berderet-deret.

Tak kurang juga, ada segelintir netizen yang mendakwa Amyra terlalu menunjuk-nunjuk dengan pemberian suaminya itu sehingga ada yang merasa kurang senang dengannya.

“Saya sekadar berkongsi dan bukan niat untuk menunjuk. Ia bukan untuk umum saya dapat kereta tetapi lebih kepada gambar album dan untuk memori, “katanya.

Menurut Amyra, kereta itu adalah sebagai hadiah penghargaan kerana mengandung sembilan bulan dan melahirkan anak sulung mereka. Malah dia langsung tidak tahu bagaimana urusan dokumentasi itu dilakukan dan terkejut mendapat hadiah kereta itu di tempat letak kereta rumah mereka ketika pulang dari rumah sakit, empat hari selapas melahirkan anak.

“Saya tidak boleh bau yang dia sedang melakukan sesuatu untuk memberikan kejutan. Saya tidak tahu kapan dia mengurus semua. Bukan mudah untuk keluarkan kereta apatah lagi ia memerlukan dokumen tertentu.

“Saya terharu dan gembira menerima hadiah itu. Dia sebenarnya tidak perlu belikan saya hadiah tapi Amar bimbangkan keselamatan saya dan anak bila perlu berjalan berdua.

Selain itu, Amyra sangat bersyukur mempunyai seorang suami yang sanggup mengorbankan masa tidurnya demi menjaga bayi mereka yang baru berumur satu minggu.

“Amar banyak membaca artikel yang melibatkan bayi terutamanya bayi yang menyusu susu. Sebab itu apabila saya tidur, dia akan berjaga sampai pagi. Apabila saya dan mama sudah bangun, barulah dia tidur. Saya bersyukur mempunyai suami seperti Amar, “katanya.

sumber