“Jauh daripada hati saya tak pernah berdendam atau pun nak melepaskan geram terhadap dia (Vida),” itulah yang dinyatakan Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terhadap usahawan Datuk Seri Vida.

Chef selebriti terkenal itu berkata dia mengagumi semangat yang ada pada Vida dan tidak pernah berasa iri hati dengan kejayaan wanita tersebut.

“Saya berasakan dia seorang wanita baik, bercita-cita tinggi dan kalau dia nak… dia nak juga,” tulisnya dalam ruangan akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, Chef Wan pernah mengeluarkan pendapat yang agak lantang mengenai penamilan Vida selaku penaja program televisyen.

Antaranya, Chef Wan megecam tindakan Vida yang gemar menayangkan kemewahan di laman sosial.

Chef Wan turut mengakui hanya bergurau dengan Vida pada malam siaran langsung Konsert Gegar Vaganza hujung minggu lalu.

(lagi di bawah)

“Apa yang berlaku hanya gurauan senda dengan DS Vida. Saya suka dengan personaliti gila-gilanya dan dia hanya menjadi diri sendiri.

“Soal meminang, nampaknya kena telan lima botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang, jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS!,” seloroh Chef Wan.

Beliau juga berharap apa yang telah berlaku antara dia dan Vida menjadi pengajaran dan tidak perlu dikenang lagi.

Malah, dia memilih untuk memaafkan dan tidak mahu terus berdrama.

“Penting untuk kita menjauhi sifat dendam atau pun marah yang berpanjangan.

“Sebagai manusia kita jangan simpan kemarahan mahu pun berdendam berpanjangan, elok bermaafan… forgive and forget and look forward to the future,” ujarnya.

Video yang dimuat naik itu mendapat tontonan 67,125 dan pengikut chef selebriti bersetuju dengan luahan tersebut.

Sumber – mStar